TEKA-TEKI status hubungan pempengaruh sensasi Kasih Iris Leona dan penyanyi Indonesia, Gabriel Prince terjawab apabila kedua-duanya mengakui hanya berkawan.
Kata Leona atau nama lengkapnya Kasih Iris Leona Azhar, 22, semua kemesraan yang ditunjukkan sebelum ini gurauan semata-mata.
“Sebenarnya kalian, saya kini berada di Jakarta bersama Rees (kembarnya, Andika Rees Pahamin).
Selama ini kami (Leona dan Gabriel) hanya bergurau. Kami hanya kawan,” katanya menerusi satu video dalam Instagram.
Malah, anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu sempat bergurau dengan mengatakan akan berkahwin dengan Prince pada minggu depan.
“Kami tidak bercinta tetapi akan berkahwin minggu depan.
Kami secara peribadi ingin menjemput Rizky Febian dan Mahalani untuk membuat persembahan di hari perkahwinan kami nanti,” katanya.
Sementara itu, menjengah ruangan komen, rata-rata peminat ‘protes’ dengan pengakuan Leona tidak menjalin hubungan istimewa dengan Prince.
Peminat mengharapkan kedua-dua saling jatuh cinta dan mendirikan rumah tangga secepat mungkin.
Kenapa kawan kalau boleh bercinta Leona?
“Kami semua sudah beri pengesahan pada hubungan kalian. Kalau benar-benar bercinta dan kahwin juga tidak mengapa.
Kalau betul hanya kawan mengapa muka Leona nampak sedih?
“Tolonglah bercinta kalian berdua, tolonglah,” sebahagian daripada komen peminat.
Terdahulu, Leona beberapa kali memuat naik video dan gambar mesra saling berpegangan tangan dengan Prince sehingga menarik perhatian peminat. – HIBGLAM