Guna kosmetik sendiri elak herpes, Mona Allen dicop diva

RISAU terkena jangkitan herpes, pelakon Mona Allen mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan barang kosmetik sendiri bagi mengurangkan risiko.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 29, mengakui berasa lebih selamat tidak berkongsi alat solek lebih-lebih lagi ketika menjalani penggambaran.

Itulah sebab kalau kita menjalani penggambaran, mesti akan guna alat solek sendiri,” katanya menerusi InstaStory.

Perkara tersebut diluahkan selepas membaca muka depan akhbar Kosmo! mengenai bahaya jangkitan herpes hanya kerana mencuba gincu dan pelembab bibir di rak kedai kosmetik.

Bagaimanapun, pendapat isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu dipandang sinis sesetengah pihak sehingga dianggap cerewet seperti seorang diva.

Selepas itu bila guna alat solek sendiri, kita kena ‘side eyes’ (pandang sinis) oleh orang sekeliling. ‘Rolled eyes’ (jeling) pun ada.

“Dapatlah gelaran diva. Apa awak rasa?,” ujarnya.

Menurut laporan Kosmo!, sebanyak 108 kes herpes dikesan sebuah klinik di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Daripada jumlah tersebut, seramai 38 pesakit telah menerima rawatan, manakala selebihnya tiada sebarang gejala. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok