Giliran Jeonghan pula sarung baju celoreng

ANGGOTA kumpulan Seventeen, Jeonghan  terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat dunia seni dan peminat buat sementara waktu apabila perlu menyahut panggilan menjalani latihan ketenteraan.

Agensinya, Pledis Entertainment memaklumkan idola berusia 28 tahun itu akan menyertai latihan tentera pada Oktober nanti dan meminta pemuja bakatnya agar tidak berhenti menyokong kariernya.

“Jeonghan tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti promosi album mini ke-12 dan konsert jelajah dunia yang dijadualkan bermula pada Oktober nanti.

“Teruslah menyokong kariernya sehingga tamat latihan tentera nanti dan doakan dia sentiasa sihat,” kata agensi terbabit. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok