(G)I-DLE sumbang RM200,000 bantu mangsa banjir

PEMURAH. Itu perkataan yang menggambarkan sikap prihatin kesemua ahli kumpulan (G)I-DLE apabila menderma 10 juta won (RM35,000) setiap seorang untuk pemulihan banjir.

Jumlah kutipan derma sebanyak 50 juta won (RM168,000) dibuat kerana (G)I-DLE mahu menyokong komuniti yang terjejas akibat bencana alam, baru-baru ini.

Kami berharap aktiviti kemanusiaan Palang Merah ini akan dapat memberi keselesaan kepada mangsa banjir dan membantu mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Sementara itu, Presiden Palang Merah Korea, Kim Chul-soo berharap dengan adanya bantuan (G)I-DLE, penduduk yang terjejas akan mendapat semangat luar biasa bagi meneruskan kehidupan.

Kami percaya bahawa sokongan (G)I-DLE akan memberikan lebih keselesaan dan kekuatan kepada mangsa banjir.

“Palang Merah Korea yang merupakan organisasi pengurusan bencana juga akan terus komited membantu usaha-usaha pemulihan banjir negara ini,” ujarnya kepada media. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok