Geram, lelaki jenis apa begini? – Abby Abadi

SEJAK akhir-akhir ini memang banyak tragedi berdarah dan menyayat hati berlaku melibatkan pasangan suami isteri atau kekasih. Kebanyakan berita memang menyakitkan hati apabila dibaca.

Nampaknya bukan Diva sahaja yang rasa perkara sebegitu tetapi Abby Abadi juga apabila turut meluahkan kekecewaan dalam  platform Thread.

“Geram baca cerita lelaki-lelaki yang banyak perangai, jenis tak cukup satu, nafkah ke laut, curang, kaki pukul dan nak kahwin tetapi tidak fikir soal tanggungjawab.

“Lebih tragis, ada yang sampai membunuh anak isteri. Lelaki jenis apa begini?

“Perempuan tolong jaga diri dan buat pilihan tepat sebab ada ramai lagi lelaki baik. Jangan mudah cair dengan kata-kata dan sayangi diri anda,” katanya.

Suka betul Diva dengan nasihat Abby, padat dan mendalam. Sebagai seorang ibu, pastinya cerita-cerita yang tular akhir-akhir ini beri kesan juga pada Abby.

Apa pun, jagalah diri ya semua. Dunia dan penghuninya sudah semakin kejam. Takut betul! 

DIVA: Artis yang baru berjinak-jinak nak bertudung, jadikanlah Nora Danish sebagai contoh. Semakin longgar pakaiannya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok