Efek Rumah Kaca ubat kerinduan peminat Malaysia Oktober depan!

Band popular Indonesia, Efek Rumah Kaca bakal menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 25 Oktober depan. 

Setia dianggotai Cholil Mahmud selaku vokalis dan gitaris, Poppie Airil (vokal latar), dan Akbar Bagus Sudibyo (drum, vokal latar), band asal Jakarta itu tidak sabar bertemu peminat di Malaysia selepas kali terakhir berkunjung ke negara ini pada 2022. 

Menurut penganjur Shezco Sdn. Bhd, sengaja judul konsert dinamakan Di Udara sempena mengambil nama salah satu trek popular album debut kumpulan berkenaan, Efek Rumah Kaca.

“Secara simboliknya kami menamakan persembahan panggung ini sebagai Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL sempena pertama kali setelah sekian lama Efek Rumah Kaca tidak beramah mesra dengan peminat mereka di Malaysia.

“Jadi muzik dan kasih sayang di antara kumpulan berkenaan bersama peminat akan bertebaran di udara sepanjang malam 25 Oktober 2024 di ruang Zepp KL nanti,” ujar Kamarul Hafizad mewakili Shezco Sdn. Bhd.

Sementara itu, buat Cholil, tidak ada yang lebih bahagia saat dia dan Efek Rumah Kaca diberi penghormatan menemui peminat dan akan mendendangkan banyak hit mereka dengan tidak lama lagi di Malaysia. 

“Kami berasa senang untuk kembali ke Malaysia dan kali ini menerusi persembahan Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL, kami akan lebih intim berpesta dengan peminat kami.

“Jumpa nanti semua tanggal 25 Oktober ini. Semoga kita menikmati pesta bersama nanti,” ujar Cholil.

Tiket boleh didapatkan menerusi laman ILASSOTICKETS.COM atau hubungi talian 03 4816 8029.

Menariknya, pihak penganjur dengan berbesar hati memberikan potongan harga sebanyak 15 peratus kepada 50 pembeli tiket.

Diskaun tersebut berlangsung mulai 22 Ogos sehingga 31 Ogos sempena bulan kemerdekaan Malaysia. Dengan pembelian 2 tiket berdiri (standing) pembeli akan mendapat potongan harga sebanyak 15 peratus. – HIBGLAM



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok