“‘Debik’ PA? Aku dekat rumah jaga anak”

Nama terpalit isu memukul pembantu peribadi, pelakon Uqasha Senrose tampil menangkis dakwaan yang disifatkan langsung tidak berasaskan tersebut.

Kata Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dia hanya sibuk menguruskan anaknya sekali gus tidak kaitan dengan tuduhan berkenaan.

‘Debik’ (pukul) PA (pukul pembantu peribadi)? Biar betul? Aku di rumah dengan anak sahaja.

“Ingat aku gengster sangat nak ‘debik’.

“Aku dengan anak 24 jam nak pergi ‘debik’ orang dah kenapa,” katanya menerusi siaran langsung TikTok semalam.

Sebelum ini, media melaporkan kisah pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita yang ditahan polis atas tuduhan mencuri barangan kemas majikannya. Hasil siasatan polis menemui barang kemas di kediaman wanita itu.

Difahamkan, wanita sama turut membuat laporan polis mendakwa dicederakan dan diugut gara-gara mencampuri urusan rumah tangga majikannya yang dikatakan berdepan masalah.

Susulan kejadian itu, ramai netizen memetik nama Uqasha sebagai pelaku utama. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok