MAHU fokus membesarkan dua anaknya, penyanyi Shila Amzah menolak hamil dalam tempoh terdekat.
Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, andai direzekian hamil lagi biarlah berjarak tiga tahun kerana ingin memulihkan kesihatan dalaman selepas bersalin secara pembedahan atau Caesarean Section untuk dua cahaya matanya sebelum ini.
“Saya mahu anak-anak dapat 100 peratus perhatian. Tambahan saya menjalani pembedahan untuk kedua-dua kelahiran.
Bagi kelahiran seterusnya, saya kena tunggu lagi tiga tahun untuk hamil.
“Dalam masa tiga tahun, umur saya sudah memasuki 37 tahun. Ini sangat berisiko buat saya untuk memiliki anak disebabkan sebelum ini pun lahir secara pembedahan,” katanya dalam InstaStory.
Dalam masa sama, pelantun lagu Jauh Hati itu tidak kisah memiliki dua cahaya mata memandangkan kedua-duanya berlainan jantina.
Jadi, cukuplah sebab sudah ada sepasang,” jelasnya lagi.
Shila berkongsi perkara tersebut selepas seorang peminat mengajukan soalan mengenai hasrat penyanyi asal Kuala Lumpur itu mahu ‘tutup kilang’.
Sebagai rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh, Ubai pada 4 Ogos 2023 dan selamat melahirkan anak perempuan yang dinakan Rhea Akira pada Pada 9 Mei lalu.
Terdahulu, puteri penyanyi Datuk ND Lala itu pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun berakhir dengan perceraian.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. – HIBGLAM