Cukuplah orang tahu status perkahwinan saya sekarang – Nora

“Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa respons (reaksi) tentang isu ini (perceraian). Saya tidak mahu memanjangkan isu ini.”

Demikian kata Datuk Nora Ariffin atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin berhubung kontroversi perceraiannya yang mengejutkan dunia hiburan tanah air baru-baru ini.

Nora, 51, memaklumkan, cukuplah masyarakat tahu status terbaharunya sekarang yang bukan lagi isteri orang.

Cukuplah orang tahu status perkahwinan saya sekarang supaya tidak mendatangkan fitnah. Sebagai manusia biasa, saya juga tidak dapat lari daripada berbuat kesilapan dan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Nora memaklumkan hubungannya dengan bekas suami sebelum ini dalam keadaan baik dan dia reda dengan takdir hidupnya.

“Sebelum ini hubungan kami (dengan bekas suami) baik-baik saja. Alhamdulillah, saya berlapang dada di atas apa yang berlaku dan berserah dengan apa saja ketentuan Allah SWT.

Mungkin ini yang terbaik. Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Doa yang baik-baik juga untuk kalian semua,” katanya lagi.

Sebelum ini, ibu kepada empat cahaya mata mengejutkan industri hiburan tanah air apabila berkongsi video dia diceraikan Rushdi dalam Instagram pada Isnin lalu.

Nora bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perceraian itu. Sebaliknya dia meluahkan rasa syukur terhadap apa yang berlaku.

Spekulasi pergolakan rumah tangga Nora dengan Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya (UM) mula diperkatakan sejak tahun lalu.

Namun, Nora menafikan hal tersebut dan mengatakan hubungannya mereka dalam keadaan baik.

Nora dan Rushdi mendirikan rumah tangga dengan pada 2021 dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup dan merupakan perkahwinan kedua Nora.

Sebelum ini Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok