Cinta tak direstui, Hyuna nafi hamil

TIMBUL desas-desus penyanyi Hyuna kini hamil anak kekasihnya iaitu Yong Jun-hyung.

Namun, Hyuna atau nama lengkapnya Kim Hyun-ah yang didakwa lebih berisi dalam hantaran terbaharunya ketika menjayakan persembahan di Jepun baru-baru ini dilihat seakan sengaja menayang perutnya.

Ini kerana penyanyi berusia 32 tahun itu seolah-olah ingin membuktikan bahawa dia tidak berbadan dua sekali gus menafikan spekulasi berkenaan.

Ramai peminat kecewa dengan berita Hyuna berbadan dua kerana tidak merestui hubungan bekas anggota kumpulan Wonder Girls itu dan Jun-hyung. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok