TINDAKAN meluah, merakam dan memuatnaik ucapan melafazkan talak untuk dalam media sosial mungkin satu trend yang paling ‘busuk’ tetapi berjaya menghebahkan berita dengan cara paling cepat.
Situasi tersebut menjentik pempengaruh dan penyanyi rap Caprice untuk bersuara menegur isu yang sebelum ini pernah dibincangkan.
Caprice biasa tak boleh lambat bak isu panas, kali ini dia hairan dengan tujuan masyarakat pada hari ini perlu merakam momen perceraian dan berkongsi pula kepada seluruh alam.
Biarpun ada niat baik iaitu nak bagi tahu semua orang hal sebenar, tapi risau pula bab talak jadi konten. Kali ini ramai netizen menyokong ketegasan Caprice yang dikatakan mewakili mereka menyuarakan rasa hati.
MIZZ LAHAR : Dunia dah terbalik. Yang bercerai galak buat konten. Yang sudah sah nikah sembunyikan status.