[VIDEO] Bukan syok sendiri, Jazmy Juma hanya kawan – Scha Elinnea

SAYA tiada hubungan istimewa dengan Jazmy, hanya kawan.”

Itu penjelasan pelakon Scha Elinnea yang menegaskan ‘gosip cinta’ dengan Jazmy Juma semata-mata untuk melariskan drama lakonan mereka, Nuh & Nayla.

Scha atau nama penuhnya, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, berkata, hubungan mereka hanya sekadar kawan dan semua aksi mesra tersebut untuk menjayakan drama yang disiarkan menerusi slot Akasia itu.

“Saya nak jelaskan, hubungan dengan Jazmy hanya kawan sahaja.

Sebenarnya selagi tidak habis drama, saya tidak boleh nak jelaskan apa-apa tapi sekarang sudah habis, barulah boleh jelaskan bahawa kami hanya profesional dan tiada yang lebih-lebih,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Tambah Scha, segala perkongsian sebelum ini bukanlah kerana rasa cinta terhadap Jazmy apatah lagi bersifat ‘syok sendiri’.

“Bukan gimik tetapi semua yang saya lakukan disebabkan tuntutan kerja. Saya okey untuk lakukan sebab ini tugas sebagai pelakon.

Saya rasa ramai tahu bahawa semua yang saya buat untuk ajak orang tonton dan popularkan drama.

“Saya rasa apa yang dilakukan memang berjaya menarik hati penonton dan buat mereka percaya konten media sosial saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Scha memegaskan dia mengelak untuk menjalin hubungan cinta lokasi dengan mana-mana pelakon lelaki.

Saya seorang yang profesional, kalau boleh tak nak bercinta di lokasi penggambatan sebab boleh mengganggu. Saya tak mahu ada gosip di set,” ujarnya.

Diusik sama ada dia mempunyai hati yang perlu dijaga, Scha tanpa berselindung mengakui sedang mengenali hati budi seseorang namun enggan berkongsi secara terperinci.

Ketika ini masih single tapi tidak ‘available’. Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang tetapi tidak boleh dedahkan individu itu.

“Sama ada dia dalam industri atau tidak pun saya tak boleh beritahu. Saya baru lagi kenal dan setakat ini dia seorang yang memahami,” kongsinya.

Terdahulu, keakraban Scha dan Jazmy mengundang pelbagai reaksi sehingga mendakwa mereka mempunyai hubungan istimewa selepas menjayakan drama Nuh & Nayla.

Scha dalam satu temu bual pula menuai perhatian ramai apabila mengakui selesa berkawan dengan Jazmy yang disifatkan sentiasa menyokong dan memberikan respons positif terhadapnya.

Menjawab segala persoalan, Jazmy atau nama penuhnya Jazmy Khan Juma Khan, 26, menegaskan segala kemesraan yang dipamer dalam media sosial hanyalah sekadar konten bagi mempromosikan drama tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok