Berlagak diva, ‘bodyguard’ Woo-seok disaman

PIHAK pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan memfailkan saman terhadap agensi keselamatan pelakon Byeon Woo-seok atas dakwaan salah guna kuasa.

Berlagak ‘diva’, pasukan keselamatan jejaka berusia 32 tahun itu didakwa menghalang pintu masuk dan tempat pemeriksaan tiket penumpang sehingga mengganggu pengguna lain.

Tindakan itu bukan sahaja mengganggu penumpang lain tetapi menghalang tugas anggota keselamatan dan pekerja lapangan terbang sehingga menimbulkan keadaan huru-hara.

Pihak polis juga dilaporkan sudah memanggil beberapa orang pengawal keselamatan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Terdahulu, pihak pengurusan Woo Seok iaitu Baro Entertainment membuat permohonan maaf selepas pengawal peribadi pelakon itu menyuluh lampu ke arah peminat yang berkumpul di lapangan terbang untuk melihat pelakon itu dari jarak dekat.

Mereka juga didakwa secara paksa memeriksa tiket dan pasport penumpang yang berada di pintu masuk kerana bimbang peminat menyamar demi mendekati Woo-seok. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok