Anang, isteri tak goyang dikecam peminat bola sepak Indonesia

PERNAH berdepan pelbagai dugaan dan cercaan termasuk di ‘boo’ peminat bola sepak pasukan Indonesia, pasangan selebriti, Anang dan Ashanty mengambil pendekatan berlapang dada.

Anang atau nama sebenarnya, Anang Hermansyah, 55, berkata, dalam pada ramai tidak menyenangi dirinya sebagai anak seni masih ada yang suka dengannya.

“Terima kasih untuk segala sokongan. Yang pasti, saya dan isteri (Ashanty) merancang untuk ke Malaysia tidak lama lagi.

“Insya-Allah bulan Oktober kita akan ke sana (Malaysia),” ujar Anang yang turut ditemani isterinya, Ashanty ketika ditemui HibGlam usai tayangan perdana filem dokumentari, All Access to Rossa 25 Shining Years, baru-baru ini.

Tidak lekang senyuman di bibir ketika diwawancara media Malaysia, Ashanty atau nama lengkapnya, Ashanti Hastuti, 40, berkata, dia kini sibuk dengan rutin membesarkan dua anaknya, Arsy and Arsya.

“Anak-anak masih bersekolah lagi,” kata Ashanty yang terkenal dengan lagu Dulu.

Sementara itu, Anang memaklumkan, dia juga sibuk dengan perniagaan sendiri dan kini tidak lagi terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan.

“Sebenarnya, masih banyak pekerjaaan yang perlu dilunaskan.

“Saya kini sendiri (tiada terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan). Sekarang sibuk dengan perniagaan sendiri, insya-Allah akan hasilkan album baharu,” jelas Anang.dengan album baharu,” jelas Anang.

Terdahulu sekitar pertengahan Jun lalu, platform aplikasi TikTok dibanjiri video memaparkan pasangan artis Indonesia, Anang Hermansyah dan Ashanty, di ‘boo’ peminat bola sepak negara itu.

Insiden itu berlaku ketika mereka mempersembahkan lagu Rindu Ini yang dianggap tidak bersesuaian dengan detik bersejarah apabila Indonesia berjaya mengalahkan Filipina di Stadium Gelora Bung Karno.

Pasangan itu kemudiannya terpaksa berhenti menyanyi dan membuat keputusan untuk keluar dari ruangan stadium selepas di ‘boo’ oleh peminat yang mahukan lagu bersemangat seperti Bagimu Negeri dan Tanah Airku.

Sebelum itu, mereka sempat mempersembahkan satu lagu patriotik berjudul Kebyar Kebyar nyanyian asal penyanyi veteran, Gombloh.

Saat dikejar wartawan tempatan untuk diwawancara, pasangan itu lebih selesa mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen selain pendapat mengenai permainan pasukan negara itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok