Amyza Aznan buat ramai ‘koyak’

LEVEL lain! Jarang dapat menonton drama yang mampu membuatkan air mata mengalir deras di pipi.

Itu yang dilalui penonton ketika menyaksikan salah satu babak meruntun jiwa lakonan Amyza Aznan dan Nabila Razali dalam drama Bawah Payung Awan.

Menerusi babak tersebut, Amyza yang melakonkan watak Anita memarahi anaknya, Widad (Nabila Razali) kerana suka memendam perasaan dan tidak pernah melempiaskan kemarahan kepadanya.

Lakonan hebat dua pelakon tersebut membuatkan ramai menitiskan air mata kerana merasakan setiap lontaran dialog dan emosi ‘sampai’ terus ke jiwa penonton.

“Sedih sangat babak ini. Mantap lakonan Amyza dan Nabila.

“Tak perlu terjerit-jerit atau meraung untuk beri mood sedih. Cukup hanya ekspresi wajah dan intonasi suara, memang hebat,” komen netizen.

Sehingga kini, drama yang sudah memasuki musim kedua itu hangat ditayangkan menerusi platform Viu.

Selain Amyza dan Nabila, drama itu turut dibintangi Ben Amir, Nelissa Nizam, Muaz Zabir dan Kodi Rashed. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok