Aktres berani mati buat adegan dewasa

KALAU di Malaysia, sebarang adegan dewasa, terutama aksi ranjang pelakon lelaki dan wanita sememangnya dilarang.

Hakikatnya, situasi sama turut menjadi tabo dalam industri hiburan Korea Selatan walaupun mereka antara negara yang tiada masalah dengan babak sedemikian.

Namun andai diselitkan dalam drama atau filem, adegan sebegitu turut mencetuskan kontroversi dan dipandang negatif.

Bagaimanapun, masih ada pemain industri yang tidak teragak-agak melakukan aksi berani mati demi peranan dan tanggungjawab sebagai pelakon.

Kali ini, Daebak merangkumkan beberapa selebriti yang berani mati melakukan adegan dewasa walaupun sedia maklum dengan kecaman umum.

Kim Go-eun

PENAMPILANNYA yang comel membuatkan ramai menyangka bintang drama Goblin, Kim Go-eun itu hanya memilih watak baik.

Namun, siapa sangka pada awal kemunculan debut dilakukan adalah sebagai aktres adegan dewasa dalam filem A Muse (2012).

Menerusi filem terbabit, pelakon Exhuma itu menampakkan bahagian dadanya semasa melakukan hubungan seks dengan aktor Moo Yeol.

Bae Doona

AKTIF tampil dalam pelbagai drama bersiri Korea, pelakon Bae Doona juga beberapa kali terlibat dalam filem yang menuntunya melakukan adegan dewasa.

Antara filem yang menunjukkan pemilik nama lengkap Bae Doo-na itu melakukan adegan dewasa adalah Plum Blossoms (2000), Clous Atlas (2012) dan juga Sense8.

Lebih mengejutkan, dalam filem Sense8, pelakon filem Rebel Moon itu melakukan adegan seks secara beramai-ramai.

Song Ji-hyo

DALAM filem A Frozen Flower (2008), pelakon Song Ji-hyo melakukan adegan seks dengan aktor Jo In-sung yang memperlihatkan bahagian payudaranya.

Ahli program realiti Running Man itu turut mengaku dia mengalami kesulitan dalam memberikan ekspresi semasa melakukan adegan tersebut.

Namun, usahanya membuahkan hasil apabila meletakkan diri sebagai calon Aktres Popular di Baeksang Arts Awards 2009.

A Frozen Flower juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi antara filem Korea Selatan paling laris.

Cho Yeo-jeong

PELAKON Cho Yeo-jeong meraih populariti kerana adegan dewasa yang dibawa dalam filem The Servant.

Kehebatannya membawa watak tersebut berjaya mendapat perhatian ramai sehingga mampu memenangi Aktres Paling Popular dalam Blue Dragon Film Award.

Bukan hanya satu filem, Yeo-jeong meneruskan babak seksnya dalam naskhah Parasite (2019), The Concubine (2012) dan Obsessed (2014).

Sung Hyun-ah

PELAKON Sung Hyun-ah memang sangat terkenal sebagai seorang aktres yang sering melakukan adegan dewasa dalam filem Korea Selatan.

Antara filem yang wanita berusia 49 tahun itu berani menyahut cabaran terbabit adalah Woman Is Future Of Man (2004), The Intimate (2005) dan The Scarlet Letter (2004).

Menerusi naskah-naskhah tersebut, Sung-ah bukan sahaja tampil tanpa seurat benang bahkan dia juga melakukan adegan intim dengan aktor gandingannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok