3 tahun ‘bertapa’, Ji Soo kembali ‘mengaum’

SELEPAS terbabit dalam kontroversi kes buli di zaman sekolah, pelakon Ji Soo yang sudah berehat lebih tiga tahun kini memberi gambaran mahu kembali aktif berlakon.

Perkara tersebut dikongsikan dalam sebuah video sambil memberitahu banyak yang telah berlaku dalam hidupnya selepas bersemuka dengan individu yang menyebarkan berita kes bulinya terbabit.

“Banyak yang berlaku kepada saya. Saya selesai jalani latihan ketenteraan dan bercakap dengan rakan yang berkongsi perkara buruk tentang saya serta menyelesaikan isu ini.

“Hampir empat tahun rasanya berlalu dan kini saya sudah bersedia. Saya siapkan diri untuk mula kembali,” katanya.

Dalam video berkenaan, pemilik nama lengkap Kim Ji-soo, 31, juga berhasrat untuk melebarkan sayap berlakon dalam filem antarabangsa dan kini mempelajari bahasa Inggeris. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok