YoonA ‘taikun’ hartanah

ANGGOTA kumpulan Girls’ Generation, YoonA dikatakan meraih keuntungan besar selepas terlibat dalam bidang hartanah.

Menurut wakil dalam industri hartanah, nilai bersih keuntungan yang diperolehi pemilik nama penuh Im Yoon-ah itu meningkat sebanyak RM51.4 juta disebabkan sebuah bangunan di Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul dibeli dengan harga 10 billion won (RM1.2 juta) pada Oktober 2018.

Bukan hanya itu, pelakon berusia 34 tahun itu juga dikatakan membeli bangunan berhampiran Dosan-daero yang mempunyai dua tingkat bawah tanah dan empat aras di atas tanah dengan harga 10 bilion won (RM1.2 juta).

Menurut sumber, dia melabur sekitar 4 bilion won (RM13.5 juta), tidak termasuk pinjaman dan kemudian menjual bangunan terbabit pada Jun 2023 dengan harga pasaran sebanyak 24.3 bilion won (RM82.6 juta).

Penggiat industri hartanah mendedahkan bahawa nilai pasaran sebenar bangunan YoonA adalah sekitar 25 bilion won (RM83.3 juta). – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok