Yoo Ah-in nafi cabul lelaki

IBARAT tiada kesudahan, belum reda kes melibatkan penyalahgunaan dadah, nama pelakon Yoo Ah-in kembali meledak susulan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang lelaki.

Menurut laporan, kejadian tersebut pada 14 Julai lalu di sebuah pejabat yang beroperasi di sebuah kawasan kediaman.

Susulan itu, pelakon itu diarahkan hadir ke Balai Polis Yongsan untuk disoal siasat selepas mangsa lelaki berusia 30 tahun tampil membuat laporan berhubung gangguan terhadapnya.

Ah-in didakwa melakukan perbuatan itu ketika mereka berada di premis tersebut di antara pukul 6 pagi hingga 4 petang.

Tampil menjawab dakwaan, peguam bintang Goodbye Earth itu menafikan segala tuduhan lelaki tersebut dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Dakwaan tentang Yoo Ah-in baru-baru ini sama sekali tidak benar.

“Mohon pihak yang menyebarkan spekulasi tersebut berhenti berbuat demikian,” kata wakil peguam. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok