[VIDEO] Menang pingat emas WCOPA, Umai harumkan nama negara

ANAK saudara kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengharumkan nama negara dengan merangkul pingat emas 2024 Junior Champion Vocalist di pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles hari ini.

Pada pentas akhir, Umai atau nama penuhnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 13, mendendangkan lagu A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin sekali gus berjaya menewaskan empat lagi finalis lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, Umai yang juga anak kepada penyanyi Siti Saerah menerima hadiah berupa trofi.

Kejayaan membanggakan itu turut dikongsi Siti yang berbangga melihat anak saudaranya itu berjaya membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negara.

“Alhamdullillah, tahniah Umai berjaya membawa pulang pingat emas dan harumkan nama negara,” kata pelantun lagu Cindai itu.

Terdahulu, pada saringan pertama Umai bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi kategori R&B.

Dia kemudiannya mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok