[VIDEO] Mekah mendamaikan – Amelia Christie

TENANG dan mendamaikan. Itulah yang dirasai si jelita Amelia Christie ketika ini di Tanah Suci Mekah.

Menerusi hantaran dalam media sosial, Amelia atau nama lengkapnya Amelia Christie Lim, 24, berkongsi beberapa foto di Mekah dan Madinah.

Tempat yang mendamaikan, MasyaAllah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pelakon drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 itu dipercayai mengerjakan umah dengan ditemani saudara terdekatnya.

Amelia turut memuat naik melakukan pelbagai aktiviti termasuk memanah ketika melakukan ziarah.

Antara momen yang memancing perhatian adalah videonya di Mekah berlatarbelakangkan lagu Sahabat Dulu dendangan penyanyi Indonesia, Prinsa Mandagie.

Hantaran dalam Instagram serta TikTok dikongsikan Amelia meraih perhatian pengikutnya yang memintanya mendoakan mereka dijemput sebagai tetamu Allah.

Netizen turut memuji kecantikannya yang manis bertudung selain mendoakan agar dia dikurniakan umrah yang mabrur.

“Orangnya sedia cantik, apabila tutup aurat lagi cantik,” tulis seorang pengikutnya.

Terdahulu, nama selebriti berdarah campuran itu meledak selepas menjalin hubungan dengan aktor, Sharnaaz Ahmad, namun cinta mereka terputus di tengah jalan. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ACL 🦋 (@ameliachristie___)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok