[VIDEO] Doa yang terbaik, moga prosiding ini berjalan lancar – Aliff Aziz, Ruhainies

PENYANYI sensasi Aliff Aziz tiba bersama pelakon Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar pukul 9.05 pagi ini bagi pertuduhan kes khalwat.

Kelihatan tenang, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33 berharap prosiding hari ini dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua, kami hargai rakan-rakan media yang hadir.

Tiada apa yang dipinta selain prosiding hari ini berjalan dengan lancar,” katanya.

ALIFF dan Ruhainies sedondon berpakaian rona hitam ketika tiba di perkarangan mahkamah.

Sementara itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, hanya berharap orang ramai mendoakan yang terbaik.

Doakan yang terbaik untuk kami semua,” tuturnya ringkas.

Kedua-dua mereka dilihat sedondon mengenakan pakaian serba hitam dan ceria berjalan beriringan memasuki perkarangan mahkamah.

Peguam Syarie Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani yang mewakili dua selebriti tersebut memaklumkan proses yang akan berlaku di mahkamah pada hari ini.

Untuk hari ini adalah sebutan di Mahkamah Tinggi untuk rekod pengakuan bersalah atau tidak oleh kedua-dua pihak, “ katanya.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok