Tutup akaun Instagram jalan terbaik – Janna Nick

DEMI mengelakkan diri terus dibuli sehingga menjejaskan kondisi mentalnya, pelakon dan penyanyi Janna Nick memilih menutup sementara akaun media sosialnya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Janna berkata, segelintir warganet menganggap kecaman, kritikan negatif dan hamburan kata-kata hinaan sebagai satu gurauan malah ada yang berbangga melakukan perkara tersebut dalam media sosial.

Saya tidak mahu tertekan dan terlalu memikirkan kecaman yang dilemparkan segelintir pihak. Saya juga sudah beberapa kali berdepan isu buli siber ini dan cara paling sihat adalah tutup akaun.

“Paling penting adalah menjaga ke­sihatan mental ke­rana bila kita berdepan situasi tersebut, kita akan dipengaruhi oleh pemikiran hasil daripada pembacaan kecaman, kritikan dan hinaan segelintir netizen.

Kita manusia biasa, tak akan boleh lari daripada perasaan berkecil hati dan kecewa. Apa yang boleh saya buat adalah larikan diri sebentar daripada media sosial. Alhamdulillah, saya dikelilingi mereka yang positif dan mengambil berat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Janna yang sebelum ini pernah mendedahkan menghidap bipolar berharap semua pihak tidak ambil mudah isu buli siber dan bertanggungjawab untuk melestarikan kehidupan positif.

Ada yang anggap gurauan, jenaka bukan sesuatu yang mengaibkan. Tetapi penerimaan setiap orang itu berbeza. Ada yang mengambil serius sehingga mula terfikir untuk mencederakan diri.

“Media sosial seharusnya dilihat dari sudut pandang po­sitif dan tidak digunakan sebagai medan mengaibkan apatah lagi mengecam individu tertentu. Sebagai selebriti, saya juga berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu,” katanya. mempunyai akaun media sosial. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok