‘Terima kasih sayang’ – Datuk Red, Adira tamat idah

BAGI mengelakkan fitnah, usahawan Datuk Red memaklumkan tempoh idah bekas isteri keduanya, penyanyi Adira tamat hari ini.

Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, 46, yang juga baru tamat idah bersama bekas isteri pertama, Sharifah Norshafila semalam menyifatkan apa yang berlaku sebagai dugaan.

“Assalamualaikum semua, saya ingin jelaskan supaya tidak timbul fitnah nanti. Hari ini hari terakhir tempoh idah saya bersama Adira.

Inilah dugaan saya. Tiga bulan lepas saya diduga dengan kehilangan kedua-dua isteri dan hari ini serta semalam, diuji lagi dengan tamatnya tempoh idah mereka berdua,” katanya menerusi hantaran TikTok.

Datuk Red turut menzahirkan rasa syukur dengan  kehadiran pelantun lagu Ku Ada Kamu itu dalam hidupnya kerana membuatkan dirinya dikenali hingga mampu mencari rezeki dalam media sosial.

Bahkan dalam hantan sama, ahli perniagaan itu turut meletakkan kapsyen: “Terima kasih sayang.”

Terima kasih kepada Siti Adira kerana menjadi isteri saya hampir sembilan tahun. Saya doakan dia dimurahkan rezeki, sihat dan dipanjangkan umur.

“Sebenarnya dia adalah asbab diri saya dikenali dan dapat saya berniaga dalam TikTok.

Kalau saya tak kahwin dengan dia, orang tidak akan mengenali saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Red reda dengan ketentuan yang sudah tertulis dan bersedia membantu bekas isterinya itu sekiranya berdepan masalah.

“Banyak jasa dia kepada saya. Hidup harus diteruskan dan semoga dia teruskan kehidupan demi menjaga anak-anak saya.

Insya-Allah. Saya sentiasa ada,” tuturnya.

Menerusi semakan, Red dan Adira dilihat sudah tidak mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Pada 23 April lalu, penyanyi asal Sabah itu sah bercerai talak satu dengan Datuk Red serta tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah kerana memahami kewangan bekas suami.

Berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015, Red dan Adira dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 serta Ayob yang kini berusia dua tahun.

Red turut menceraikan isteri pertamanya, Sharifah pada 14 Mei lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki lima zuriat. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok