BAKAT luar biasa penyanyi muda Pranysqa Mishra saat membuat persembahan di program nyanyian realiti America’s Got Talent (AGT) mendapat pujian ramai apatah lagi usianya baru mencecah sembilan tahun.
Pranysqa yang menyanyikan lagu River Deep, Mountain High dendangan asal Tina Turner itu berjaya menambat hati semua juri sekali gus mendapat Golden Buzzer daripada Heidi Klum dan layak mara ke peringkat seterusnya.
Saya memang suka menyanyi sejak berumur 4 tahun. Memang menjadi impian saya untuk membuat persembahan di hadapan ramai orang.
“Sebelum menyertai pertandingan ini, saya berasa agak takut untuk membuat persembahan tetapi sokongan keluarga membuatkan saya berani untuk muncul berdiri di atas pentas ini,” katanya.
Selaku juri, Klum berkata, dia tidak menyangka peserta berusia sembilan tahun itu mampu menyanyikan lagu Turner dengan baik melebihi kemampuan orang dewasa.
Ini satu perkara yang menakjubkan. Kami semua di sini tergamam dan tidak menjangkakan persembahan ini.
“Sejujurnya saya tidak memerlukan pendapat juri yang lain kerana pada saya ini sudah cukup hebat dan terbaik,” katanyanya.
Untuk info program AGT disiarkan di saluran NBC yang menampilan Simon Cowell, Sofia Vergara, Howie Mandel dan Klum sebagai juri tetap. – HIBGLAM