Tao, Xu Yiyang hangat bercinta

SELEPAS beberapa bulan mengunci mulut, bekas penyanyi kumpulan EXO iaitu Tao akhirnya mengakui menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dari China, Xu Yiyang.

Perkembangan baharu tersebut dikongsi menerusi video dalam media sosial yang menunjukkan kemesraan mereka sebagai pasangan kekasih.

Tao dan Xu Yiyang dilihat berpegangan tangan di pantai sambil menikmati panorama indah matahari terbenam.
Sebelum ini, khabar angin percintaan pasangan itu sudah meniti di bibir peminat, namun tiada sebarang pengesahan dibuat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok