Tak laku, Kim Sae-ron kini pengurus kafe

Terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga menjejaskan karier, pelakon Kim Sae-ron  dilaporkan kini bekerja sebagai pengurus kafe demi kelangsungan hidup.

Menurut sebuah laporan, aktres berusia 23 tahun itu menjadi kakitangan sepenuh masa di sebuah kafe di Seongsu-dong dan banyak menghabiskan masa sehariannya di premis tersebut.

Sebelum ini, nama dan karier gadis jelita itu mencanak naik malah dikejar deretan sutradara, namun segalanya berubah selepas dia terlibat dalam kemalangan gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selepas itu, dia kembali ke skrin empat bulan kemudian dengan muncul dalam drama fenomena menerusi Dongchimi.

Pun begitu, wataknya terpaksa ‘dimatikan’ kerana mendapat tentangan hebat daripada penonton meskipun penggambaran drama berkenaan hampir separuh sudah dijalankan.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok