‘Tahniah sayang’ – Siti Nurhaliza tumpang gembira Nina jumpa pengganti

SELEPAS mengesahkan perceraian dengan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie pada Disember lalu, Nina Ismail Sabri kini dikatakan sudah menemui pengganti apabila memuat naik gambar dengan seorang lelaki dalam media sosial.

NIna atau nama lengkapnya Nina Sabrina Ismail Sabri, 37, berkata, dia dan lelaki yang dikenali sebagai Hafiz Osman itu sudah bersedia untuk bercakap tentang masa depan.

“Adakalanya kami tidak bercakap tentang persahabatan. Kami akan bersiap dan bercakap tentang masa depan,” tulisnya di kapsyan gambar tersebut hari ini.

Meninjau ruangan komen, Nina menjelaskan dia menghabiskan masa enam tahun untuk membantu mencari pasangan.

“Saya buang masa selama enam tahun dalam hidup ini hanya untuk cuba menjodohkan awak.

“Berjam-jam masa dihabiskan supaya dapat menyakinkan awak untuk mencari pasangan dan berkahwin. Siapa sangka hal ini boleh berlaku,” tulis Nina.

Perkongsiannya itu bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial, malah dilihat beberapa rakan artis dan sosialit turut meninggal ucapan gembira dan mengharapkan mereka berbahagia.

Tidak terkecuali penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga mengucapkan tahniah kepada Nina yang juga kakak kepadanya penyanyi Dafi.

“Tahniah sayang,” tulisnya di ruangan komen.

Malah Nina turut membalas komen tersebut dengan ucapan terima kasih.

Sebelum ini Nina yang juga anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkahwin dengan Jovian pada 11 Disember 2013.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, 6.

Pada Disember tahun lalu, Jovian mengesahkan dia dan Nina telah bercerai sejak bulan Ogos. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok