Taehyun kesal menu dalam pesawat bertukar

PENYANYI kumpulan TXT, Taehyun kesal dengan sikap kru sebuah syarikat penerbangan yang menukar makanan ahli kumpulannya tanpa persetujuan.

Menurut Taehyun, perkara berlaku semasa mereka dalam penerbangan pulang ke Korea Selatan selepas menyelesaikan tugasan di luar negara.

Seseorang telah menukar makanan dalam penerbangan kami. Ketika itu kami sangat gembira dalam perjalanan balik ke Korea.

“Saya tidak faham bagaimana dan kenapa seseorang dengan sengaja menukar makanan kami dalam penerbangan,” katanya.

Dalam masa sama, peminat turut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut kerana bimbang sekiranya artis kesayangan mereka itu berdepan risiko.

Bagaimana jika ada antara ahli yang alah kepada sesuatu? Ini memang gila,” kata peminat.

“Saya harap pihak agensi lebih peka dengan isu ini dan ambil tindakan segera jika perlu,” tegas pengikut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok