Syifa Melvin, Safawi ‘puasa’ makanan Thailand

PELAKON Syifa Melvin mendedahkan tidak boleh menjamah hidangan Thailand iaitu tomyam dan masakan berasaskan ikan siakap ketika hamil anak pertama, Saif Sulaiman.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 30, itu, suaminya, Safawi Rasid turut ‘berjangkit’ walhal sebelum itu masakan Thailand antara menu kegemaran mereka.

Saya dan suami tiada alahan sebenarnya cuma kami berdua tidak boleh makan ikan siakap dan tomyam sepanjang sembilan bulan saya mengandung.

“Mungkin bayi ‘made in Thailand’ (dibuat dari Thailand),” selorohnya dalam hantaran Instagram.

Safawi, 27, yang merupakan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini mengumumkan kehamilan isterinya ketika selesai perlawanan pasukan kebangsaan menentang Kepulauan Solomon pada Jun 2023.

Pada September tahun lalu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu selamat melahirkan Saif di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 di Kuala Lumpur dalam sebuah majlis tertutup. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok