SIMPATI melihat orang ramai ditimpa kesusahan, anggota kumpulan (G)I-DLE, Soyeon telah menderma RM300,000 kepada mangsa banjir kilat dan hujan lebat.
Perkara tersebut didedahkan sendiri Persatuan Bantuan Bencana Nasional yang berterima kasih kepada idola berusia 25 tahun itu berikutan sikap empatinya terhadap orang ramai.
Soyeon pula berkata, dia mengambil bahagian dalam sumbangan tersebut dengan harapan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada mereka yang terjejas dengan bencana alam itu.
“Apalah sangat sumbangan saya itu jika nak dibandingkan dengan keselamatan mangsa. Saya harap mereka berada dalam keadaan selesa,” ujarnya ringkas.
Ini bukan kali pertama gadis jelita itu memberi sumbangan, kerana sebelum ini dia secara konsisten menderma sebanyak RM70,000 untuk membantu mereka yang terjejas dalam tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria.