Suara sumbang, Kiss Of Life diperlekehkan

MENYANYI sumbang dan ‘ke laut’ ketika membuat persembahan secara langsung baru-baru ini, kumpulan Kiss Of Life teruk dikecam netizen selain disifatkan kumpulang paling tidak berbakat dalam sejarah muzik K-pop.

Bukan nyanyian sahaja, tarian dan koreografi mereka yang berterabur juga menjadi topik hangat dalam media sosial malah rata-rata berasa pelik bagaimana kumpulan itu boleh debut.

“Mereka mempunyai dua persembahan encore, tetapi setiap satunya hancur lebur. Mereka kumpulan paling tidak berbakat yang pernah ada dalam industri,” komen netizen.

“Pelik bagaimana kualiti persembahan sebegini dibenarkan debut. Adakah mereka sengaja mencipta kontroversi murahan demi dikenali? Kalau mahu banding dengan BabyMonster memang bagai langit dengah bumi,” demikian komen pengguna media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok