GURAUAN suami pelakon Reen Rahim yang memanggil dirinya boy mencuri perhatian peminat di media sosial.
Tidak sangka hubungan suami isteri itu cukup santai dan berbeza berbanding pasangan lain.
Mana tidaknya, pasangan lain pastinya akan menggunakan nama panggilan manja seperti sayang atau baby.
Dalam video yang dimuat naik dalam Instagram itu, difahamkan Reen akan menaiki pesawat ke Singapura sementara suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin memandu ke destinasi sama.
Tidak puas hati kerana terpaksa memandu kereta sendirian, Reen yang kelihatan mengantuk itu kemudian beberapa kali meminta agar suaminya berhenti membebel.
Biarpun dimarahi, namun Ahmad Nur Hazim tetap terus menerus meluahkan rasa tidak puas hati dan mempertikai mengapa dia perlu memandu ke Singapura sedangkan Reen menaiki kapal terbang.
Dalam pada terhibur melihat gelagat pasangan itu, ada juga peminat yang sempat menitip doa akan mereka dikurniakan cahaya mata apatah lagi hampir dua tahun berumah tangga.
Harap makbullah doa semua pihak nak melihat ahli keluarga kecil itu akan bertambah tidak lama lagi.
Diva: Terasa ‘pelik bin ajaib’ apabila kenduri nikah artis popular sekadar jamu bihun kepada tetamu yang datang. Kuih-kuih pun tiada. Lupa buat tempahan ke?