224
MESKIPUN hampir tiga tahun berumah tangga, pelakon Son Ye-jin sehingga kini masih memandang tinggi darjat suami tersayang.
Semasa menghadiri Bucheon International Fantastic Film Festival ke-28, Ye-jin banyak berkongsi kehidupan peribadinya lebih-lebih mengenai Hyun Bin walaupun sebelum ini dia sangat berahsia tentang hal peribadi.
Selama hampir tiga tahun mengenalinya lebih mendalam, dia bijak, jujur dan rasional. Suami bukanlah seseorang yang berpura-pura seperti apa yang kalian lihat.
“Dia juga sangat menjaga penampilannya. Lebih penting, dia kacak dan tinggi,” katanya sambil tersipu-sipu malu. – HIBGLAM