ANJING ini menjaga dan membantu pastikan laluan selamat untuk kami.”
Itu respons pelakon Ben Amir apabila tindakannya memuat naik foto memeluk seekor anjing mengundang rasa kurang senang segelintir netizen dalam media sosial sejak semalam.
Tampil memberi pencecrahan, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 34, berkata, anjing tersebut merupakan haiwan yang menjaganya sepanjang perjalanannya mendaki ke Everest Base Camp (EBC), Nepal.
Di sini ada snow leopard (harimau bintang) tahu tak? Aku sayang dia sebab jaga kami tetapi kau (netizen) sibuk nak haramkan macam tiada otak,” katanya dalam InstaStory.
Pelakon drama Bawah Payung Awan itu juga menegaskan anjing tersebut menjadi pelindung daripada ancaman haiwan buas seperti harimau kumbang.
“Kepada yang tidak tahu apa itu snow leopard, kalau dia baham, selamat jalanlah ke alam lain.
Anjing ini menemani kami sejak hari pertama. Melindungi dan bantu bagi memastikan setiap laluan selamat daripada haiwan pemangsa.
“Kalau anda tak suka anjing kita tidak boleh berkawan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ben pada Isnin lalu memberitahu dia bakal mendaki ke Everest Base Camp yang pernah ditawan beberapa selebriti lain seperti Azhan Rani dan Neves Pretty Ugly. – HIBGLAM