Shukri Yahaya serik, tolak babak intim

Belajar daripada kesilapan, pelakon Shukri Yahaya serik untuk melakonkan adegan intim susulan pernah dikecam terus impak naskhah drama Layang-Layang Perkahwinan sebelum ini.

Menurut Shukri atau nama penuhnya Mohd Shukri Yahaya, 36, meskipun tidak terjejas mental dek kutukan netizen, dia tetap mahu mengelak daripada terlibat dengan babak panas bagi menjaga hati orang sekeliling, terutama isteri dan keluarga.

“Serik. Buat masa sekarang, drama-drama yang ada babak terlalu intim memang saya cuba elakkan lagi. Macam babak dalam bilik air.

“Saya belajar daripada kesilapan lepas. Kenapalah ketika itu tak fikir (impak).

Sebenarnya saya tidak terlalu ambil kisah tapi netizen yang banyak tinggal komen dan mereka ingat babak tersebut.

“Sehingga kini mereka ingatkan menerusi komen dalam media sosial,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

Dalam masa sama, Shukri tidak menolak status sebagai suami dan bapa menjadi penyebab bangak pihak kurang senang apabila dirinta terlibat dengan adegan intim bersama pelakon wanita lain.

Mungkin status saya sebagai seorang suami dan bapa yang buat netizen marah.

“Saya perlu lebih bijak berfikir sama ada babak sebegitu harus dilakukan atau tidak selepas ini. Bukan mengikut keperluan skrip atau apa sahaja tetapi memang elak,” ujarnya.

Tambah bapa anak dua itu, antara yang cara yang dilakukannya ialah menjaga jarak dengan pelakon lain seperti ketika melakonkan babak di atas katil.

Kalau babak atas katil, saya masih jaga Jarak. Kalau pelakon wanita dalam selimut, saya di atas selimut.

“Itu antara cara saya jaga batas dalam lakonan, cuba elak fitnah kalau boleh,” katanya lagi.

Terdahulu, Shukri pernah dikecam hebat apabila muncul dengan babak intiim dalam bilik air bersama pelakon, Alya Iman menerusi drama Layang-Layang Perkahwinan.

Meskipun hanya ‘camera trick’, rata-rata peminatnya kecewa dengan keputusan Shukri yang mahu melakukan babak sebegitu. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok