Seulgi, harapkan muka saja cantik

Tiada angin tiada ribut, nama anggota kumpulan, Red Velvet, Seulgi meledak dalam media sosial susulan tindakan kejamnya terhadap pengurusnya.

Menurut sebuah laporan, idola berusia 30 tahun itu dikatakan tanpa rasa simpati telah menukar kasut tumit tinggi dengan pengurusnya demi keselesaan diri sendiri.

Meskipun terpaksa menurut arahan, jelas terlihat wajah pengurusnya seakan-akan tidak selesa mengenakan kasut tumit tinggi semasa berjalan bersama artis jagaannya itu.

Perkara tersebut menjadi bualan hangat netizen yang rata-rata menganggap Seulgi menyalah guna kuasa sebagai majikan.

Mereka juga berpendapat Seulgi sepatutnya memikirkan akibat berjalan jauh menggunakan kasut tumit tinggi dan tidak menyusahkan orang lain.

“Muka cantik tapi tiada hati perut. Dia pergunakan pengurus dia untuk rasa lebih selesa. Pengurus bukan hamba walau berapa banyak duit kau bayar,” komen netizen itu.

“Kata duit banyak, beli sahajalah yang baharu, bukan pakai orang punya,” demikian komen seorang lagi netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok