Serasi, persahabatan kami ikhlas – Sophia Albarakbah

TAHUN lalu, si cantik Sophia Albarakbah dikatakan tidak disenangi dan dipulaukan rakan industri natijah isu penyondol.

Semuanya gara-gara Sophia didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aliff Aziz dengan Bella Astillah.

Dakwaan tersebut bagaimanapun disangka pelakon Siti Khadijah yang tampil mempertahankan Sophia.Katanya. hubungan mereka sangat rapat sebagai rakan.

Bukan hanya Siti Khadijah, Sophia juga sebenarnya bersahabat baik dengan pelakon Siti Hariesa dan Riena Diana sehingga ada yang mencemburui keakraban persahabatan mereka.

SOPHIA bersyukur dianugerahkan teman sejati yang sentiasa ada di sisi saat susah dan senang.

Kata Sophia, 31, persahabatan yang terjalin antara mereka tercetus secara semula jadi walaupun ada bermula di lokasi penggambaran.

Persahabatan kami terjadi secara semulajadi tanpa dipilih atau dirancang. Kami jumpa dan terus boleh serasi.

“Bagaimanapun, kami tidak berfikir ada ‘womens power’ (kuasa wanita) pun, sebaliknya berkawan dengan cara ikhlas.

Keempat-empat kami sayang satu sama lain dan sentiasa ada untuk masing-masing sekiranya diperlukan,” katanya.

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya ada pertelingkahan atau pergaduhan yang berlaku dalam sesebuah persahabatan.

Persahabatan yang terjalin antara Sophia, Siti Hariesa, Siti Khadijah dan Riena Diana berpaksikan keikhlasan.

Namun, pelakon filem Saka Perawan itu berharap persahabatan mereka tetap berkekalan walau datang badai yang melanda.

“Gaduh? Belum lagi dan sebolehnya saya enggan bergaduh dengan kawan-kawan kerana sayangkan persahabatan kami.

Namun, memang normal dalam berkawan atau adik-beradik mesti ada berselisih faham. Siapa tahu kalau ada pergaduhan kecil satu hari nanti dan andai kami ikhlas berkawan, bergaduh pun tetap akan okey.

“Saya sangat berharap persahabatan kami akan berkekalan,” ujar anak jati Kuala Lumpur itu.

Ditanya cara mengekalkan persahabatan, akui Sophia, mereka sebenarna jarang berjumpa dek kesibukkanmemenuhi jadual kerja.

“Kami bersahabat secara sederhana dan tidak bersungguh-sungguh seperti selalu keluar atau jumpa untuk kekalkan hubungan.

“Masing-masing pula sibuk menjalani penggambaran kadangkala sampai berbulan tidak berjumpa,” jelasnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok