Selepas ‘botak’ Nonny Nadirah berkemban sambil menari pula

TIDAK sampai seminggu mencukur rambut, pelakon Nonny Nadirah kembali memancing tumpuan netizen apabila memuat naik video bekemban sambil menari.

Menerusi video yang dikongsikan, Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin, 34, membelakangi kamera dan dipercayai tidak memakai sebarang pakaian selain bertuala.

Dalam bilik gelap, dia yang membuka tuala membelakangi kamera itu kelihatan sedang berseronok bergoyang sambil membalut tubuh dengan tuala.

Tiada sebarang butiran, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu hanya menulis kapsyen emoji air serta meletakkan lagu Get Low nyanyian asal Dillion Francis dan DJ Snake dalam Instagramnya.

Begitupun, setakat artikel ini ditulis sebanyak 3,803 tanda suka diraih hantaran pelakon drama Budak Intern itu.

Sama seperti tindakan membotakkan rambut, ruangan komen pada hantaran terbaharu itu juga ditutup sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan ramai mengenai sikapnya sejak kebelakangan ini.

Pada minggu lalu, selepas lama menghilang Nonny memuat naik video sedang mencukur rambut ala ‘crew cut’.

Sebelum ini, dia pernah mendakwa wajahnya berubah senget sebelah akibat terkena gangguan sihir sejak tiga tahun lalu.

Katanya yang mengakui menyepikan diri sepanjang tempoh itu, gangguan dapat dipulihkan selepas mengamalkan bacaan ayat al-Quran. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok