Tiada sentuhan antara saya dan Rose.”
Demikian kata penyanyi dan pelakon Khai Bahar apabila fotonya menaiki basikal bersama Sharifah Rose mengundang rasa kurang senang netizen apabila dimuat naik dalam akaun Instagramnya.
Tegas Khai atau nama penuhnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 30, foto itu dirakam sebagai bahan promosi drama lakonannya, Cinta Bukan Milik Kita.
Niat saya hanya mahu promosi drama sahaja. Saya tak tahu nak jawab soalan netizen dan kalau ada nak fikir negatif, biarkan sahaja.
“Setakat ini, memang tiada sebarang sentuhan antara saya dan Rose. Mungkin kedudukan kami nampak rapat, itupun sebab saya kena hidupkan watak dalam sebuah babak,” ujarnya kepada HibGlam baru-baru ini.
Ditanya sama ada berasa kekok melakonkan babak sebegitu, penyanyi lagu Bayang itu mengakui tiada masalah kerana digandingkan dengan rakan artis yang sekepala.
Tidak kekok pun berlakon dengan Rose, kami sekepala dan saling memahami,” katanya.
Menjengah ruangan komen, terdapat segelintir netizen mengakui kecewa dengan Khai.
“Kalau pelakon perempuan duduk di bahagian belakang mungkin lebih baik. Kecewa lihat gambar ini.
Tutup aurat Rose dengan emoji bunga memang tindakan bagus tetapi tetap tak menghalalkan perbuatan,” selar netizen.
Terdahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila melihat foto Khai Bahar dan Sharifah Rose itu.
Menurut netizen, Khai dan Rose perlu menjaga batas meski sekadar memenuhi tuntutan sebagai pelakon. – HIBGLAM