[VIDEO] Saya cinta, nak kahwin dengan Tyzo – Lydia Rosli

“SAYA memang nak kahwin dengan Tyzo tahun depan.”

Demikian pengakuan anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri, Lydia Rosli saat ditanya tentang hubungannya dengan penyampai radio popular, Tyzo.

Menurut Lydia atau nama lengkapnya Nor Lydia Rosli, dia memang mempunyai perasaan terhadap penyampai radio Ikim FM itu tetapi Tyzo belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius.

“Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama.

“Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit,. Tetapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia.

“Tetapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya perempuan. Saya kena tunggu lamaran daripada pihak dia,” katanya sewaktu di temui di majlis sambutan ulang tahun kedua ST Rosyam Mart, baru-baru ini.

Hadir ke acara yang sama berdua, kata Lydia dia masih berkawan baik dengan Tyzo biarpun hubungan mereka pernah terputus selama enam bulan.

“Jun lalu dia kembali menghubungi saya sambil menangis dan beritahu dia masih ingin berkawan dengan saya dan tidak mahu kehilangan saya.

“Saya beritahu dia bahawa saya tidak reti untuk berkawan. Saya hanya tahu jadi kekasih. Tetapi dia meyakinkan sahaja bahawa kami boleh menjadi kawan.

“Selama ini saya tidak pernah ada kawan lelaki. Kalau ada pun kekasih. Tetapi sudah 10 tahun saya tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. Hati saya memang sudah tertutup sehinggalah saya bertemu dengan Tyzo,” kongsinya.

Hubungan Lydia dan Tyzo turut mendapat restu  ibunya yang sukakan Tyzo dan mahu menjadikan lelaki itu sebagai menantu.

“Mak suka dengan Tyzo. Raya tahun lepas mak pernah berbual menerusi panggilan video dengan Tyzo dan tanya dia bila nak masuk meminang.

“Hubungan saya dengan anak Tyzo juga rapat. Malah ketika hubungan kami terputus selama enam bulan, saya masih berhubung dengan anaknya.

“Saya sudah anggap anak dia macam anak saya sendiri. Anak dia juga panggil saya dengan panggilan Mummy.

Sering menangis setiap malam terkenangkan hubungannya dengan Tyzo, kata Lydia lama kelamaan perasaannya kian pudar.

“Saya mula rasa penat dengan situasi ini. Saya rasa dia tidak mahukan saya. Jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri.

“Tetapi bila saya pergi, dia datang mencari saya. Mungkin sudah sifat lelaki sebegitu. Sekarang ini saya cuma serahkan pada takdir,” katanya.

Terdahulu sebelum ini pernah timbul gosip mengatakan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris, 48, dan Lydia bercinta selepas mereka kerap dilihat bersama dalam beberapa majlis. Lydia juga kerap berkongsi gambarnya bersama Tyzo dalam akaun media sosial. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok