Saya bukan pembuli siber! – Sarah Yasmine

TAMPIL membersihkan nama, bekas kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine menangkis tuduhan dirinya pembuli siber seperti didakwa seorang individu.

Kata wanita berusia 24 tahun itu, perkara yang didedahkan sebelum ini adalah sekadar membalas tindakan dilakukan pihak
tertentu.

“Maklum balas saya bersandarkan tindakan anda. Tak menipu, orang lain takkan membongkarkan kebenaran.

“Tak jadi manipulatif, orang takkan membenci kau. Tak menuduh orang secara umum, aku takkan bagi reaksi terbuka,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Begitupun, ibu tunggal kepada dua anak itu enggan mendedahkan identiti individu yang didakwa menfitnahnya.

Bagai ada urusan yang belum selesai, Sarah Yasmine turut mengungkit kembali fitnah yang pernah dilemparkan kepadanya sebelum ini.

“Tapi ‘best’ kan tuduh orang letak dadah dalam air orang lain sebab diri kau kena ‘expose’.

“Jangan lupa ye. Jangan lupa itu fitnah yang kau dah pernah buat terhadap aku,” tulisnya.

Pada hantaran sama, wanita asal Singapura itu tidak ketinggalan menempelak sikap pihak lain yang turut menuduhnya melakukan sesuatu.

Begitupun kata Sarah Yasmine, kebenaran terbukti apabila dakwaan tersebut dipatahkan sendiri peguam pihak berkenaan kerana disifatkan sekadar tuduhan.

“Yang sebelah sana pula, jangan lupa tuduhan kalian terhadap aku ketika perjumpaan terakhir kita.

“Sampai peguam kalian sendiri cakap ‘tak wajar buat tuduhan seumpama itu’ kepada kalian,” katanya.

Terdahulu nama Sarah Yasmine menjadi sebutan selepas tampil mendedahkan dirinya kekasih pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Pendedahan itu dikatakan bagi mempertahankan lelaki terbabit yang menjadi mangsa kutukan selepas dicekup berkhalwat dengan heroinnya dalam drama rantaian Terjerat, Ruhainies pada 8 Mac lalu.

Kontroversi semakin panas apabila dia turut membongkar perkara lain termasuk hubungan kedua-dua selebriti terbabit selain dakwaan adanya cubaan untuk menjatuhkan Bella Astillah yang masih isteri Aliff ketika itu.

Kemelut yang meraih tumpuan netizen itu turut mengheret ramai artis lain termasuk penyanyi rap Caprice serta pelakon, Emma Maembong. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok