HANYA disebabkan berada di lokasi sama, pempengaruh media sosial yang juga adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan didakwa bercuti bersama pelakon Meerqeen di Bali, Indonesia.
Tampil menjelaskan situasi sebenar, Ameera, 23, berkata, dia berada di Bali bersama sepupunya, Aisha selain memgaku sudah mempunyai kekasih yang kini menetap di London.
Saya di Bali bersama sepupu, Aisha, pengawal peribadi dan pemandu. Hanya kami berempat.
“Saya ada teman lelaki dan dia berada di London,” katanya dalam InstaStory.
Ujar Ameera, dia sepatutnya tidak mempunyai keperluan untuk menjelaskan tentang hal tersebut kepada umum namum melakukannya susulan dakwaan tidak berasas netizen.
Saya tak perlu jelaskan tetapi sesetengah daripada anda sudah melebih-lebih.
“Tutup mulut anda dan berambus,” katanya lagi.
Sebelum itu, dakwaan tersebut tercetus apabila dia dan Meerqeen serentak berkongsi foto berada di Bali.
Rentetan itu, Ameera menerima komen daripada beberapa individu yang menyatakan dia bercuti di Bali bersama pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu.
Terdahulu, Ameera pernah dikatakan bercinta dengan Meerqeen apabila mereka pernah saling berbalas komen dalam Instagram namun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan. – HIBGLAM