Ruhainies nafi tanggung ‘biawak hidup’

DIDAKWA menyara kehidupan Aliff Aziz selepas pelakon itu bercerai dengan bekas isteri, Bella Astillah, Ruhainies menafikan tuduhan menanggung biawak hidup selain menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah berat.

Kata Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 31, Aliff Aziz mempunyai sumber kewangan serta simpanan sendiri untuk menanggung keperluannya.

Itu fitnah yang sangat-sangat berat, dan benda itu sudah tentu tidak benar.

“Selama ini Aliff punya tawaran tak henti-henti, takkanlah duit dia cepat habis ataupun sudah tiada,” katanya kepada HibGlam.

Ruhainies memaklumkan perkara itu selepas prosiding pertuduhan kes khalwat membabitkan dirinya dan pelakon, Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah WilayahPersekutuan, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai sumber kewangan ketika ini memandangkan sudah tidak banyak lagi tawaran, Ruhainies memaklumkan dia masih mempunyai pekerjaan.

Alhamdulillah saya ada projek macam biasa dan saya tidak mahu kongsi dahulu. Nanti tengoklah di media sosial apa yang saya buat,” ujarnya.

Respons Aliff pula, dia ketika ini berehat terlebih dahulu daripada sebarang tawaran dan menggunakan wang simpanan yang ada.

Alhamdulillah saya masih ada simpanan saya yang sebelum ini dengan tawaran yang ada. Masih ada (duit) dan doakan yang baik baik untuk semua,” ujarnya.

Hari ini, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok