NAMA pelakon sensasi Ruhainies terus hangat meniti di bibir orang ramai.
Kalau bercakap soal sindiran, tidak terhitung bermula dengan insiden wajahnya dikaburkan sehinggalah ayat tidak pandai menangis depan kamera, semuanya dijadikan ‘bahan’ netizen serta golongan selebriti.
Terbaharu, tindakan Ruhainies memuat naik sedutan drama Terjerat yang berlatarbelakangkan lagu lagu Fate nyanyian Why pula jadi perhatian ramai.
Peminat drama K-pop sudah tentu ingat babak Lee Yeong-jae (Rain) mengajar isterinya, Han Ji-eun (Song Hye-kyo) menunggang basikal dalam drama Full House.
Tidak hanya itu Ruhainies menulis kapsyen;
“Apa tajuk K-drama ni min?”
Wah ‘mengidam’ hendak berlakon K-drama pula ya?
Sepatutnya dalam keadaan sekarang, Ruhainies tidak perlu tambah lagi ‘bara’ yang ada.
Cukuplah sekadar mempromosikan drama tersebut secara profesional tanpa perlu menggunakan elemen sensasi memandangkan Aliff baharu sahaja bercerai dengan Bella Astillah.
DIVA: Diharapkan mangsa yang dipukul pelakon berusia 37 tahun itu mendapat keadilan sewajarnya.