[VIDEO] Ramai lagi ibu nak bermenantukan saya – Tyzo

“SAYA terkejut dengan pendedahan Lydia kepada pihak media”

Demikian respons penyampai radio popular, Tyxo Xander selepas usahawan Lydia Rosli meluahkan perasaan cinta dan keinginan untuk berkahwin dengannya.

Tyzo atau nama sebenarnya  Tuah Zolqarnain Idris, 48, mengakui sedia maklum mengenai perkara berkenaan namun tidak menyangka anak kepada senior Normah Damanhuri itu terbuka berkongsi dengan media.

“Saya memang tahu tentang perasaannya terhadap saya. Kami pernah bercakap tentang perkara ini. Cuma saya tak sangka dia akan bercakap kepada media.

“Mungkin sebab benda dah berlalu. Kalau tidak mesti dia tak akan bercerita. Dia pun dah tak suka saya sekarang,” katanya kepada HibGlam.

TYZO selesa berkawan dengan Lydia yang bukan sahaja baik hati budi tetapi banyak berkongsi ilmu perniagaan.

Walaubagaimanapun, Tyzo mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lebih lanjut tentang perasaan sebenarnya terhadap adik kepada pempengaruh sensasi, Liana Rosli atau Kak KM itu.

“Biarlah saya simpan perasaan itu seorang diri. Saya tidak mahu kata ya ataupun tidak. Sejak dulu lagi saya merupakan seorang yang menjaga privasi. Saya tidak berkongsi tentang soal peribadi kepada umum.

“Tetapi apa yang boleh katakan, saya mempunyai seorang teman yang baik. Lydia seorang yang sangat baik dan saya banyak belajar ilmu perniagaan dengannya.

“Keluarga saya juga kenal rapat dengannya. Begitu juga dengan saya yang baik dengan keluarga dan anak-anak Lydia,” ujarnya.

Tyzo juga mengakui dia tidak tahu selama ini Lydia yang merupakan seorang janda sering berendam air mata mengenangkannya kerana perkara itu tidak pernah dikongsi Lydia.

Ditanya tentang ibu Lydia yang merestui hubungan mereka dan mahu menjadikannya menantu, kata  penyampai radio Ikim FM itu ramai lagi ibu di luar sana menyatakan hasrat serupa.

“Bukan Normah Damanhuri sahaja, saya rasa ada ramai lagi ibu di luar sana yang nak jadikan saya menantu,” selorohnya

Terdahulu, HibGlam melaporkan Lydia atau nama sebenarnya Nor Lydia Rosli 46 meluahkan rasa cinta dan keinginan untuk berkahwin dengan Tyzo namun hasrat itu tidak kesampaian.

Sebagai rekod, Lydia mempunyai empat cahaya mata termasuk Naib Juara Hero Remaja 2023, Fitri Farok serta seorang cucu manakala Tyzo yang masih solo ada seorang anak angkat.  – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok