‘Podcaster’ tolonglah cerdik, jaga bahasa – Rita Rudaini

RISAU dengan penggunaan bahasa kasar dalam temu bual podcast atau audio siar, pelakon Rita Rudaini tampil memberikan teguran kepada anak muda agar peka terhadap kemahiran mengendalikan sesuatu program secara profesional.

Tambah Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, penonton yang mengikuti podcast rata-rata adalah kanak-kanak serta golongan muda yang mudah terpengaruh dengan bahasa digunakan.

“Konon santai-santai tetapi bahasa ‘sial doh’, ‘gempak sial’ dan entah apa-apalah. Yang tengoknya pula budak-budak.

Santai, santailah juga tetapi biar nampak berilmu dan bagi impak bagus kepada anak-anak muda dan orang tua.

“Buat adik-adik yang baru naik teringin buat podcast, temu bual atau apa sahaja isu. Tolonglah berilmu,” katanya menerusi InstaStory.

Lebih membuatkan Rita bengang apabila perkongsian seorang wanita mengenai berita pelajar keracunan makanan menjadi bahan gelak tawa hos yang menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap isu tersebut.

Dengan rasa bangga bercerita, kali kedua buat pula. Penemu bual pun tak perlu temu bual macam cerita kelakar pula.

“Psiko betul. Seronok gelak-gelak bercerita. Nak bagi pengajaran dekat orang tetapi temu bual jadi tak sensitif.

Racun tikus bukannya madu nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ya? Benda macam ini tidak kelakar. Jangan pula lepas ini ada cerita kena rogol sambil gelak-gelak,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Rita berharap pihak terbabit tampil dengan kandungan yang lebih bermanfaat dan ada nila empeti terhadap sesuatu isu.

Kalau kata tak cerdik, nak marah merentan macam budak kecil. Sebab itu kalau filem atau drama kita ada kategori seram, komedi dan romantik.

“Kalau cerita seram tidak mungkin nak letak dalam kategori komedi ataupun dokumentari. Agak-agaklah kalau topik sedih, suspen nak gelak-gelak,” tutur ibu kepada dua orang anak itu.

Rita menyuarakan pendapatnya selepas seorang wanita yang dipercayai ketua dewan makan di sebuah asrama kononnya meletakkan racun tikus dalam botol kicap sehingga menyebabkan pelajar keracunan makanan dalam sebuah podcast. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok