Penyanyi pukul kekasih, langgan pelacur, hamilkan wanita?

KECOH dalam aplikasi X apabila ada netizen mendedahkan seorang penyanyi muda dikatakan sering melanggan pelacur dan telah menghamilkan seorang wanita.

Penyanyi yang popular dengan lagu berkonsep ‘healing’ itu dikatakan turut memukul teman wanitanya.

Menerusi hantaran bekas teman wanita penyanyi tersebut dalam akaun media sosial, dia menceritakan pengalamannya selama empat tahun bersama lelaki itu daripada tiada apa-apa sehinggalah bergelar artis popular.

“Saya sangat tulus mencintai dengan sepenuh hati. Tetapi kini tidak lagi selepas mengetahui bahawa awak meniduri perempuan lain, langgan pelacur dan menghamilkan wanita lain tanpa bertanggungjawab,” dedah bekas teman wanita penyanyi terbabit.

TANGKAP layar luahan hati seorang wanita yang kecewa dengan sikap buruk penyanyi lagu ‘healing’.

Tambahnya lagi, dia kini sudah serik dengan hubungan mereka dan enggan mempercayai penyanyi itu lagi.

“Istilah susah senang bersama sudah tidak boleh pakai.

Orang boleh kata saya bodoh sebab bertahan selama ini. Tetapi anda tidak tahu saya seorang yang sangat setia apabila sudah menyayangi seseorang,” tulisnya.

Wanita itu turut memberi amaran kepada penyanyi tersebut agar berhenti bercakap buruk tentang dirinya semata-mata mahu menutup kesilapan sendiri.

Turut dikongsikan dalam hantaran sama adalah foto mereka berdua di atas motosikal sewaktu bekerja sebagai penghantar makanan.

Tinjauan HibGlam dalam akaun Instagram penyanyi tersebut mendapati dia kini berada di Sarawak kerana terlibat dengan festival muzik di sana. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok