Peminat dikasari ‘bodyguard’, Cravity minta maaf

KUMPULAN Cravity tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada individu yang tercedera selepas diserang pengawal keselamatan ketika bertugas melindungi mereka di sebuah lapangan terbang di Jepun, baru-baru ini.

Agensi kumpulan terbabit, Starship Entertainment, berkata pihak mereka tidak menjangka keadaan akan menjadi seperti itu malah secara serta-merta menamatkan kontrak dengan pihak pengawal keselamatan itu.

Kami memohon maaf kepada peminat yang cedera atas tindakan tidak wajar pengawal keselamatan yang menjalankan tugas keselamatan artis kami di lapangan terbang Jepun.

“Apabila menyedari isu itu pada masa itu, kami serta-merta menamatkan kerjasama kami dengan syarikat sekuriti yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Cravity.

“Melangkah ke hadapan, kami akan mewujudkan protokol keselamatan dan prosedur latihan untuk mengelakkan perkara sebegini berulang,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok