Pelik tapi benar, inilah fobia selebriti K-pop

NORMAL setiap manusia ada rasa takut terhadap sesuatu perkara yang tanpa disedari boleh mencetuskan fobia berpanjangan.

Kebiasannya ramai menunjukkan ketakutan terhadap ketinggian, kegelapan dan haiwan.

Namun, tidak sangka ada juga yang menunjukkan ketakutan terhadap benda-benda yang tidak pernah terlintas di fikiran kita.

Kali ini, Daebak menyenaraikan empat bintang Korea yang mempunyai fobia pelik.

Ten NCT

PELIK tapi benar! Penyanyi kumpulan NCT iaitu Ten takut melihat buah-buahan.
Ten atau nama sebenarnya Chittaphon Leechaiyapornkul mengakui menyukai buah-buahan kerana ada tekstur yang berbeza.
Malah, dia turut memaklumkan tidak suka dengan bau yang dihasilkan daripada buah-buahan.
Bahagian dalam buah juga menyebabkan penyanyi asal Thailand itu bimbang untuk memakannya kerana berasa loya walaupun gemar menikmatinya sewaktu kecil.

Tiffany SNSD

SEORANG lagi yang memiliki ketakutan pelik adalah Tiffany daripada kumpulan SNSD yang fobia terhadap mata ikan.
Perasaan gerun itu bermula ketika kecil apabila dipaksa makan mata ikan yang dikatakan baik buat dirinya.
Menurut pemilik nama penuh Stephanie Young Hwang, pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.
Sehingga kini, penyanyi kelahiran California, Amerika Syarikat itu tidak pernah makan mata ikan bahkan akan berasa loya setiap kali melihat bahagian itu.

Nayeon Twice

KETAKUTAN yang dihadapi penyanyi kumpulan Twice, Nayeon memang pelik memandangkan gadis lain sangat menyukainya.
Ya, penyanyi berusia 28 tahun itu takut dengan patung Barbie yang menjadi kegilaan ramai anak kecil dan gadis.
Bagaimanapun, si cantik ini enggan mendedahkan apa yang membuatkan dia berasa fobia dengan patung kesukaan ramai itu.

Jungkook BTS

PENYANYI kumpulan BTS iaitu Jungkook terkenal dengan sikap berani berbanding ahli lain.
Siapa sangka, rupa-rupanya pemilik nama lengkap Jeon Jung-kook, 26, itu fobia terhadap mikrogelombang.
Katanya, ketakutan tercetus selepas terfikir mikrogelombang akan meletup pada bila-bila masa sahaja.
Jungkook akan berdiam diri dalam biliknya setiap kali mikrogelombang digunakan ahli keluarganya ataupun ahli BTS lain.
Memandangkan jarang dengar kes mikrogelombang meletup, Jungkook sudah mula cuba menggunakannya, namun masih berhati-hati. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok